Sistem HR Digital • AL FATEH

Pengurusan Pekerja.
Lebih Bijak. Lebih Teratur.

Satu platform bersepadu untuk mengurus kakitangan, kehadiran, cuti, gaji, prestasi, pengambilan pekerja, projek dan operasi HR organisasi anda — daripada satu papan pemuka yang moden.

Kebenaran ikut peranan Bahasa Melayu / English Berasaskan WordPress
34 ModulPengurusan HR bersepadu
BM / BIPilihan dua bahasa
360° HRDari pengambilan hingga gaji
WordPressMudah dipasang & diurus
Mengenai AL FATEH HRMS

Satu Sistem Untuk Keseluruhan Operasi Sumber Manusia

AL FATEH HRMS membantu organisasi menyusun maklumat pekerja dan jabatan dalam satu pusat pengurusan. Kurangkan penggunaan fail berasingan dan mudahkan tugas pentadbiran harian dengan rekod yang boleh dicari serta dikemas kini.

Urus kehadiran, permohonan cuti, penyediaan draf gaji, prestasi pekerja, pinjaman, pengambilan, perolehan dan pemantauan projek melalui modul yang saling melengkapi.

✓ Rekod Berpusat✓ Dashboard & Laporan✓ Akses Mengikut Peranan
“Organisasi yang tersusun bermula dengan pengurusan sumber manusia yang cekap, telus dan sistematik.”
PAPARAN ILUSTRASI
▦ Dashboard
♙ Kakitangan
◷ Kehadiran
▣ Cuti
◫ Gaji
▤ Laporan
Gambaran KeseluruhanDashboard HR
Kakitangan80
Projek Demo32
Modul34
Analitik Operasi HRContoh dashboard
Visual konsep dashboard — nombor di atas ialah data contoh, bukan statistik langsung organisasi.
Modul & Ciri Sistem

Pengurusan HR Lengkap Dalam Satu Platform

Modul teras dan modul sokongan untuk memperkemas operasi HR serta urusan pentadbiran syarikat.

Pengurusan Pekerja

Rekod pekerja, maklumat peribadi, jawatan, status pekerjaan dan profil kakitangan.

Kehadiran Pekerja

Daftar masuk/keluar, senarai kehadiran bulanan serta semakan kehadiran yang belum lengkap.

Pengurusan Cuti

Jenis cuti, cuti umum, permohonan, semakan serta kelulusan oleh pihak pengurusan.

Pengurusan Gaji

Gaji asas, elaun, kerja lebih masa, pendahuluan dan penjanaan draf penggajian bulanan.

Jabatan & Jawatan

Urus jabatan, subjabatan, jawatan dan struktur organisasi secara sistematik.

Pengambilan Pekerja

Rekod calon, sesi temu duga, penilaian dan peringkat proses pengambilan staf.

Pinjaman Pekerja

Rekod permohonan pinjaman, status kelulusan, ansuran dan baki pembayaran.

Pengurusan Perolehan

Permohonan, sebut harga, pembekal, analisis bidaan, pesanan pembelian dan penerimaan barang.

Pengurusan Projek

Rekod projek, ahli pasukan, tugasan, kemajuan dan ringkasan laporan projek.

Prestasi & Laporan

Penilaian prestasi, laporan kehadiran, cuti, pekerja dan penggajian dengan eksport CSV.

Anugerah & Mata Ganjaran

Rekod anugerah tahunan, kategori mata, prestasi serta ganjaran pekerja.

Papan Notis & Polisi

Notis dalaman, peraturan HR dan pengumuman untuk rujukan kakitangan.

✓ Tetapan Cukai & Potongan✓ Laporan Automatik Pilihan✓ Data Demo✓ Multi Bahasa
Lebih Daripada Sistem Kehadiran

Direka Untuk Operasi Organisasi Yang Lebih Profesional

AL FATEH HRMS menggabungkan urusan pekerja dengan modul pengurusan dan pemantauan operasi supaya setiap maklumat lebih mudah diakses oleh pengguna yang dibenarkan.

Papan pemuka pengurusan
Data pekerja berpusat
Carian & tapisan rekod
Eksport laporan CSV
Import & padam data demo
Antaramuka mesra telefon
Pilihan Bahasa BM / BI
Hak akses mengikut peranan
Pengguna Sistem

Akses Yang Sesuai Untuk Setiap Peranan

Setiap pengguna dibenarkan mengakses fungsi berbeza mengikut peranan WordPress yang ditetapkan.

Administrator

Mengurus konfigurasi utama sistem, akaun pengguna, data contoh dan keseluruhan operasi HR.

Kawalan Penuh

HR Manager

Mengurus rekod staf, kehadiran, permohonan cuti, penggajian, laporan dan modul pengurusan.

Pengurusan HR

HR Employee

Melihat maklumat sendiri yang dibenarkan, membuat daftar masuk/keluar dan memohon cuti.

Portal Kendiri
Panduan Mula

Empat Langkah Mudah

Mulakan penggunaan sistem HRMS dalam persekitaran WordPress sedia ada.

Pasang Plugin HRMS

Pasang dan aktifkan plugin AL FATEH HRMS melalui bahagian Plugins WordPress.

Sediakan Pengguna

Tentukan peranan Administrator, HR Manager atau HR Employee, kemudian padankan akaun dengan profil staf.

Import Data Demo

Gunakan butang import demo di Tetapan untuk melihat rekod dan memahami aliran kerja sistem.

Urus Operasi Sebenar

Semak tetapan, masukkan rekod sebenar dan guna modul berkaitan selepas ujian yang mencukupi.

Soalan Lazim

Soalan Mengenai AL FATEH HRMS

Bagaimana cara log masuk ke sistem HRMS?

Gunakan butang “Log Masuk” atau “Dashboard HR / Admin”. Akaun WordPress anda perlu mempunyai peranan atau kebenaran HRMS yang sesuai.

Adakah pekerja boleh melihat data pekerja lain?

Peranan HR Employee dihadkan kepada rekod kendiri dan fungsi tertentu yang dibenarkan. Tetapkan akaun WordPress pada profil pekerja yang betul sebelum digunakan.

Bagaimana saya mengakses Portal Pekerja?

Cipta halaman WordPress dengan slug “portal-hrms” dan masukkan shortcode

. Selepas diterbitkan, pekerja yang mempunyai akses boleh membuka halaman tersebut.

Bolehkan saya cuba sistem menggunakan data contoh?

Ya. Pentadbir boleh membuka Tetapan lalu menggunakan butang “Import Data Demo”. Rekod demo boleh dipadam semula melalui butang “Padam Semua Data Demo”.

Adakah pengiraan gaji sudah mematuhi semua jadual berkanun Malaysia?

Belum sepenuhnya. Modul gaji menyediakan draf pengiraan, manakala kadar KWSP, PERKESO, SIP, PCB dan peraturan berkaitan perlu disemak serta disahkan sebelum digunakan untuk penggajian sebenar.

Bolehkah sistem digunakan dalam Bahasa Melayu dan English?

Ya. Antaramuka HRMS mempunyai pilihan Bahasa Melayu dan English pada sistem yang sama.

Transformasi Pengurusan HR

Urus Pekerja Dengan Lebih Tersusun, Moden & Profesional

Mulakan pengurusan sumber manusia digital bersama AL FATEH HRMS — satu tempat untuk rekod, kelulusan, laporan dan operasi HR.

Buka Dashboard HRMS